IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Pengenalan Syarikat Sejarah Syarikat Staf Syarikat Milestone Syarikat Testimoni Syarikat Tanggungjawab Syarikat Penyempurnaan Syarikat Anugerah & Pengiktirafan Syarikat
Tutup  X

Staf Syarikat Intelligent

 

Sebagai sebuah institusi pendidikan professional, Pusat Perkembangan Minda Mental Arikmetik, dengan mempunyai kumpulan pendidikan yang kuat dan professional merupakan salah satu kaedah terbaik untuk memastikan matlamat dapat dicapai. Bagi memastikan kualaiti pengajaran berada pada tahap terbaik, kesemua tenaga pengajar Intelligent telah menjalani latihan professional. Selain itu, kelayakkan tenaga pengajar serta kaedah pengajaran yang digunakan juga perlu disahkan oleh ibu pejabat Intelligent.

Kami bukan sahaja menumpukan kepada penekanan kemampuan murid untuk menghitung dengan menggunakan abakus sebaliknya kami juga melatih serta mengembangkan otak bahagian kanan mereka. Tujuan utama adalah untuk mencapai kedua-dua objektif yang dinyatakan pada awalnya pada masa yang sama. Oleh sebab itu, teknik pengajaran semua tenaga pengajar Intelligent dikawal ketat untuk membolehkan para murid mendapat bimbingan yang terbaik daripada tenaga pengajar Intelligent di samping belajar dalam situasi yang santai serta menyeronokkan.

Oleh kerana, program Intelligent ini dibahagikan kepada banyak peringkat, Ia menjadi satu kewajipan untuk semua tenaga pengajar Intelligent mengikuti kursus latihan di ibu pejabat Intelligent secara berkala untuk memastikan mereka mampu menguasai serta memahami kaedah pengajaran yang terbaik. Selain itu, sijil turut akan diberi kepada tenaga pengajar yang telah tamat mengikuti kursus latihan yang diadakan.

 

Latihan Staf
Kumpulan Pendidikan Intelligent menyediakan kursus latihan professional secara berterusan kepada tenaga pengajar. Objektif kursus ini adalah untuk membantu mereka membuat persiapan yang rapi sebelum memulakan tugas mengajar.


Kursus ini terdiri daripada teknik pengajaran program Intelligent, latihan pengurusan, latihan teknikal, promosi, persembahan serta latihan staf. Melalui semua kaedah-kaedah ini, ia berupaya untuk memanfaatkan mereka yang kurang berpengalaman berpengetahuan, berkemahiran dalam program mental arikmetik dan abakus.

Setelah permohonan dan persetujuan dicapai untuk menjadi seorang tenaga pengajar, satu program latihan insentif yang dirangka akan diberikan kepada pengajar. Sepnajang masa latihan berlangsung, semua maklumat yang secara umumnya mempunyai kaitan dengan pemasaran bisnes, sistem pengurusan akan dilatih dan dibincang.

 

Peluang Kerjaya
Dengan sikap yang betul, segala kemungkinan akan berlaku di Pusat Perkembangan Abakus dan Mental Arikmetik. Intelligent melakukan banyak pelaburan dalam latihan serta menawarkan pelbagai program untuk semua tenaga pengajar kami. Matlamat utama adalah untuk sentiasa menjaga dan juga memberikan penghargaan yang setimpal.


Oleh sebab itu, sebahagian jawatan pengurusan tinggi dalam syarikat adalah diisi oleh individu yang telah dinaikkan pangkat dalam syarikat. Pada masa ini, Intelligent mempunyai lebih kurang 300 projek francais.

Intelligent meluaskan perniagaan ke negara-negara luar di benua Asia, Eropah dan Timur Tengah. Hal ini bermaksud, masih terdapat peluang kerjaya yang luas untuk individu yang berminat dalam bidang pengajaran ini.

Keluarga Intelligent datang daripada latar belakang yang berbeza. Semua kakitangan Intelligent mempunyai pengalaman yang luas serta pernah berkhidmat dalam bidang pengajaran. Selain itu mereka juga berkongsi semangat, nilai serta teknik untuk mambantu para murid demi mencapai pencapaian terbaik mereka dalam situasi yang mencabar ini.